Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10K (Semakan April 2022)

Pada sidang media yang dijalankan pada 16 mac 2022, Perdana Menteri telah mengumumkan berkenaan pengeluaran khas KWSP.

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10000.

Pengeluaran RM10k ini dibenarkan selepas kerajaan telah meniliti dan mengkaji permintaan daripada para pencarum dan pihak yang lain.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

Syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
  • Pengeluaran akan didahulukan melalui akaun 2 KWSP , kemudian barulah akaun 1.

Permohonan dan Semakan Pengeluaran Khas RM10K

Permohonan pengeluaran khas ini boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022.

Pautan permohonan  https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Pembayaran pertama pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini adalah bermula 20 April 2022.

Pembayaran dilakukan secara one-off.

Amaun Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Para pencarum boleh mengeluarkan secara maksimum sehingga RM10,000 dan juga paling minimum sebanyak RM50.

Pengeluaran dari akaun 2 adalah didahulukan sebelum anda boleh menggunakan akaun 1 KWSP.

Sebelum itu, anda bolehlah semak terlebih dahulu baki simpanan KWSP anda. Adakah anda layak untuk membuat pengeluaran ataupun tidak.

Untuk semakan penyata baki akaun, layari i-Akaun.

untuk info dan kemaskini mengenai bantuan KWSP RM10k ini.

Jika sebelum ini, KWSP telah membenarkan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Dokumen Diperlukan

Untuk kelancaran urusan anda, sediakan maklumat dan dokumen berikut:

Berapakah jumlah pengeluaran khas KWSP ini?

Sebanyak RM10,000

Apakah syarat umum pengeluaran khas ini?

Pencarum berumur 55 tahun ke bawah.